Tuesday, December 7, 2010

Umai makanan sarawak

uihhhh terliur pulak bila teringat umai, salah satu makanan sarawak...lamanye x makan umai...balik kpg nanti sure makan..sedap sangat dan menyelerakan.


Umai adalah makanan yang dianggap penting dan popular bagi etnik Melanau di Sarawak. Satu hidangan yang ringkas dengan variasi yang cukup mudah untuk disediakan.

Untuk menyediakan Umai, cuma perlukan ikan terpilih yang masih segar kerana tidak semua jenis ikan yang boleh dibuat Umai. Biasanya untuk menyediakan Umai, etnik Melanau memilih ikan bawal hitam, ikan bawal putih, ikan terubuk, ikan pirang, ikan yu atau udang. Umai sebenarnya adalah hirisan ikan mentah segar   yang diperap dengan jus limau kasturi, bawang merah, bawang besar dan chilli, garam dan sedikit penambah perisa.

Secara tradisi untuk memberi rasa yang lebih ‘authentic’, etnik melanau menyediakan Umai dengan langkah-langkah yang tersusun. Hirisan ikan mentah digaul atau diperap dengan jus limau kasturi terlebih dahulu untuk menghilangkan bau ikan, dan proses ini menyebabkan isi ikan tersebut kelihatan seolah sudah masak. Setelah itu barulah dicampur dengan hirisan bawang merah, bawang besar dan chilli,. yang terakhir tambah garam dan sedikit penstabil atau penambah rasa.

Umai boleh terus dimakan setelah selesai digaul dengan bahan-bahan tersebut. Terserah kepada citarasa seseorang untuk menambah lebih pedas atau sebaliknya.

Terdapat juga variasi ‘Umai Jeb’ yang sangat digemari etnik Melanau. ‘Jeb’ dalam bahasa Melanau Mukah bermaksud ‘cecah’.  Ertinya, ‘Umai Jeb’ adalah ‘Umai Cecah’. Umai Jeb disediakan dengan memisahkan hirisan ikan mentah dan sambal, cara makan ialah dengan mencecah hirisan ikan mentah dengan sambal, sama seperti makan ulam.

Ikan yang digunakan etnik Melanau untuk membuat ‘Umai Jeb’ biasanya; bawal hitam, bawal putih, terubuk  atau ikan yu. Meskipun versi ini mungkin kurang popular bagi masyarakat lain, tapi sangat digemari oleh etnik Melanau atau Cina dikawasan Mukah dan Sibu.

Honey Bunches!

Pagi tadi sarapan dengan Honey Bunches...selalunya sebelum ke kelas minum tea or pearl kacip fatima jer sebab x sempat nak buat honey bunches,..huhu..time cuti-cuti ni baru sempat nak makan honey bunches yang dah lama letak kat atas meja dapur tu..my housemate je la sempat makan sebelum dia gi keje..hehe...wawa selalu makan Honey Bunches ni dengan low fat milk magnolia..susu kalsium tinggi rendah lemak untuk kesihatan:)

Ni dia my Honey Bunches...sedappppp!!!! suka buah strawberry yg dicampur dalam tu!

Susu Magnolia sedap dicampur dengan honey bunches!
Nie kotaknye...kalau sesiapa yang nak cuba..belila kat pasaran..:p

P/S: So pagi-pagi x payah nak makan berat2..honey bunches dah cukup mengenyangkan dan bertenaga..

Salam Maal Hijrah 1432

Salam Maal Hijrah! semoga kita menjadi insan lebih mulia dan menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…
Doa Akhir Tahun
Doa Awal Tahun

Monday, December 6, 2010

PopCorN!



Magika..popcorn dalam iphone??? 

Bear

Bear tgh minum air apple :)

Sunday, December 5, 2010

sedapnyee BIG APPLE DONUT! nyum~~~

Hari ni...jalan-jalan kat BP Mall...saja jer nak hilang kebosanan duduk di rumah...ramai sungguh manusia kat BP mall...singgah kat kedai Apple..bukan nak beli iphone,macbook, ipad...etc... hehe ni kedai Apple donut..teringin lak nak makan Big Apple Donut..makanan kegemaranku..sunggu enak! nyum2x!!!!
Kalau nak dibandingkan dunkin donut dengan Apple donut..wawa lebih suka lg makan Big Apple donut sebab rotinye sangat lembut plus ade nama APPLE :)....orang-orang tua yang tak bergigi pun leh makan Big Apple nie...mudah dikunyah dan enak rasanye..hehe!
Yeay!!! ada 2 kotak Big Apple...dua-dua kotak tu milikku....:)
Pilihan hatiku Pink Phanter, Chocoholic, Say Cheese & Go Nutz...Nyuummmm!!!

P/S: nak makan sekali lagi nanti tp kena tunggu org tu nak belanje:) can kaa...:p

Saturday, December 4, 2010

APPLE IPAD dah dilancarkan kat Malaysia!

Seperti dinantikan, kini Apple telah pun mengumumkan pelancaran iPad di Malaysia, yang mana para pengguna boleh mendapatkannya bermula daripada hari ini, iaitu 30 November 2010 pada harga serendah RM1549.
Para pengguna yang berminat untuk mendapatkan iPad, anda boleh berbuat demikian di beberapa cawangan terpilih Epicentre, Machines dan Mac Studio serta beberapa penjual rasmi Apple di seluruh negara.

iPad di Malaysia secara rasminya dijual lebih murah daripada sebelum ini, selain Maxis turut sama memperkenalkan pakej khas untuk iPad. iPad yang didatangkan dengan hanya fungsi WiFi boleh didapati pada harga RM1549 untuk 16GB, RM1849 untuk 32GB dan RM2149 untuk 64GB. Manakala iPad dengan fungsi 3G boleh didapati pada harga RM1999 untuk 16GB, RM2299 untuk 32GB dan RM2599 untuk 64GB.
Selain daripada itu, Apple juga kini sedang giat mempersiapkan iPad generasi kedua yang dijangka akan dilancarkan pada bulan Januari 2011 kelak dengan beberapa fungsi tambahan menarik.