Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Salam Maal Hijrah! semoga kita menjadi insan lebih mulia dan menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…
Doa Akhir Tahun
Doa Awal Tahun

Monday, December 6, 2010

PopCorN!



Magika..popcorn dalam iphone??? 

Bear

Bear tgh minum air apple :)

Sunday, December 5, 2010

sedapnyee BIG APPLE DONUT! nyum~~~

Hari ni...jalan-jalan kat BP Mall...saja jer nak hilang kebosanan duduk di rumah...ramai sungguh manusia kat BP mall...singgah kat kedai Apple..bukan nak beli iphone,macbook, ipad...etc... hehe ni kedai Apple donut..teringin lak nak makan Big Apple Donut..makanan kegemaranku..sunggu enak! nyum2x!!!!
Kalau nak dibandingkan dunkin donut dengan Apple donut..wawa lebih suka lg makan Big Apple donut sebab rotinye sangat lembut plus ade nama APPLE :)....orang-orang tua yang tak bergigi pun leh makan Big Apple nie...mudah dikunyah dan enak rasanye..hehe!
Yeay!!! ada 2 kotak Big Apple...dua-dua kotak tu milikku....:)
Pilihan hatiku Pink Phanter, Chocoholic, Say Cheese & Go Nutz...Nyuummmm!!!

P/S: nak makan sekali lagi nanti tp kena tunggu org tu nak belanje:) can kaa...:p

Saturday, December 4, 2010

APPLE IPAD dah dilancarkan kat Malaysia!

Seperti dinantikan, kini Apple telah pun mengumumkan pelancaran iPad di Malaysia, yang mana para pengguna boleh mendapatkannya bermula daripada hari ini, iaitu 30 November 2010 pada harga serendah RM1549.
Para pengguna yang berminat untuk mendapatkan iPad, anda boleh berbuat demikian di beberapa cawangan terpilih Epicentre, Machines dan Mac Studio serta beberapa penjual rasmi Apple di seluruh negara.

iPad di Malaysia secara rasminya dijual lebih murah daripada sebelum ini, selain Maxis turut sama memperkenalkan pakej khas untuk iPad. iPad yang didatangkan dengan hanya fungsi WiFi boleh didapati pada harga RM1549 untuk 16GB, RM1849 untuk 32GB dan RM2149 untuk 64GB. Manakala iPad dengan fungsi 3G boleh didapati pada harga RM1999 untuk 16GB, RM2299 untuk 32GB dan RM2599 untuk 64GB.
Selain daripada itu, Apple juga kini sedang giat mempersiapkan iPad generasi kedua yang dijangka akan dilancarkan pada bulan Januari 2011 kelak dengan beberapa fungsi tambahan menarik.

APPLE IPHONE 4G (HD) dilancarkan oleh Steve Jobs

Pelancaran model terbaru Apple iPhone 4G High Definition (HD)di Apple World Wide Developer Conference (WWDC), San Francisco. Pelancaran model terbaru smartphone yang menggunakan teknologi terkini 4G tersebut disempurnakan sendiri oleh Steve Jobs.
Penerangan ringkas maklumat mengenai WWDC dan pencapaian yang telah di capai selama ini.
Penerangan mengenai perkembangan iPad dan pencapaian gadjet tersebut yang memberansangkan. Di samping turut ceritakan jumlah jualan dan pendapatan yang diperolehi daripada iPad. 

All new design, pastinya lebih menarik dan mempesonakan para peminat.

Imej muka depan iPhone 4G HD.
keterangan mengenai display quality.
Bateri merupakan komponen terbesar dalam iPhone 4G HD. Keupayaan bateri mengikut aplikasi dalam jam.
Penggunaan Apple A4 Chip.
Kamera juga sudah ditambah baik dengan 5 megapixel. Imej lebih jelas dan terang.
keterangan secara umum mengenai iPhone 4G HD.
Bluetooth, wi-fi, GPS semuanya boleh dan ada.
Aplikasi baru jugak, iMovie di masukkan ke dalam iPhone.
Ramai peminat game Farmville ni, jadi dimasukkan jugak dalam iPhone 4G HD ni.
Antara aplikasi yang paling di tunggu-tunggu, video calling. Siap Steve Job buat demo lagi.
Janji kalau area tu ada kemudahan Wi Fi, boleh buat video call, tapi setakat ni antara iPhone to iPhone sahaja.
Pilihan warna cover lilitan tepi yang ada…dari putih sampai ke hitam. Warna asas iPhone 4G HD adalah hitam dan putih sahaja.
Tarikh mula berada di pasaran di US.
Negara-negara yang mula di edarkan iPhone 4G HD dan jangkaan tarikh yang available.

Friday, December 3, 2010

YeaaYY!!! exam dh abes.. so enjoyyy!!!

hai....lama dah tak blogging...sibuk selama ni dok menghadap buku. Alhamdulillah.. akhirnya selepas 'puas' bertarung di medan peperiksaan, arini wawa dah boleh menarik nafas kelegaan. Lega sebab exam dah abis dan lega sebab segala bebanan yg terpikul akhirnya hilang lenyap. Syukur, setiap usaha yg dicurahkan membuahkan hasil. tapi risau gak dengan paper psikologi tadi....rasa macam goreng2 je ayat td...huhu..mmg saiko sangat2 soalan yang diberi..pergghhhh....Yg penting wawa dh berusaha sehabis baik dgn sedaya upaya. Cuma mcmana bentuk markah yg akan diperoleh tu, berserah kpd Allah SWT...huh..skg exam dah lepas..now masa untuk relax & enjoy! yeeeahaaa!!! blog ini kembali aktif semula~~~